PJ gesa jentera tukar mod kerja luar biasa


RAUB: Pesuruhjaya  PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar meminta dipertingkatkan keupayaan jentera pilihan raya parti kepada mod kerja luar biasa untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Dalam taujihat sempena pelancaran dana pilihan raya untuk PRN negeri Sarawak, beliau yang juga Adun Tanjung Lumpur, turut meminta pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera diaplikasikan dalam gerak kerja mendekati rakyat.
Dalam program tersebut, sebanyak 20 borang keahlian yang  baru berdaftar  diserahkan oleh Ketua Pemuda Kawasan kepada Setiausaha Perhubungan Negeri Roslan Zainal.
Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar pilihan raya.
Turut hadir Timbalan-timbalah Pesuruhjaya Andansura Rabu, Hj Md Jusoh Darus, Ustaz Yohanis Ahmad, Setiausaha Perhubungan Roslan Zainal alAhmadi, Bendahari Perhubungan Musaniff Ab. Rahman alQassimi, dan Pengarah Pilihan Raya Negeri Haji Hasenan Haron.

0 comments: