PRN Sarawak : Peluang Bagi PAS Untuk Menegaskan Ia Bukan Hanya Orang Islam Sahaja

Kenyataan Akhbar
PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) SARAWAK : 
PELUANG BAGI PAS UNTUK MENEGASKAN IA BUKAN HANYA PARTI ORANG ISLAM SAHAJA.
1) PRN Sarawak yang boleh diadakan pada bila-bila masa adalah peluang bagi PAS menegaskan sekali lagi ia bukan sekadar parti untuk orang Islam sahaja.
2) PAS dijangka akan bertanding di kerusi-kerusi DUN di mana orang Islam bukan majoriti.
3) Ia berbeza dengan pandangan sebelum ini bahawa PAS hanya boleh bertanding di kerusi-kerusi di mana peratus orang Islam melebihi 50 orang.
4) Malah terdapat mereka yang berpandangan PAS hanya boleh bertanding di kerusi-kerusi di mana orang Islam melebihi 80 peratus.
5) Pada PRN Sarawak kali ini, PAS akan menegaskan ia juga boleh berperanan di kalangan masyarakat Islam.
6) Memperjuangkan nasib dan masa depan mereka seperti dilakukan untuk masyarakat Islam.
7) Serta memahami keperluan dan aspirasi mereka.
8) Sejak 2008, Exco, wakil rakyat dan Ahli Majlis pihak berkuasa tempat PAS di Selangor telah berperanan dengan jayannya di dalam masyarakat di mana peratus orang bukan Islam adalah tinggi.
9) Walau bagaimanapun, PRN Sarawak merupakan satu peluang lagi untuk menegaskan semula peranan PAS itu kepada rakyat.
10.) Peranan PAS ini adalah selari dengan konsep rahmat untuk semua yang dibawa oleh Islam sejak 1,400 tahun dahulu.
YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden PAS
11 Mac 2016

0 comments: