
Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam.
Keimanan saya dengan Islam sewajarnya sampai kedarjah yakin bahawa masa depan kelak ialah milik Islam. Justeru Islamlah yang paling ampuh dan mampu untuk menyusun urusan hidup dan memimpin manusia. Agama Islam adalah satu-satunya manhaj atau cara hidup yang selaras dengan kehendak fitrah manusia.Ia dapat mengimbangkan tuntutan lahiriah dan ruhaniah insan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Apakah Allah yang mencipta itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan dan rahsiakan);dan Allah itu Maha Halus dan Maha Mengetahui.” (Surah Al-Mulk 67:Ayat 14)
(Fathi Yakan - Apa Ertinya Saya Menganut Islam)
0 comments: