Sekali Serban Dililit. 38
Bagaimana PAS Berjuang ? Vol 1
Oleh : Nasrudin bin Hassan
1. Menjawab persoalan ini, terlebih dahulu kita kena kenali PAS melalui objektif, hala tuju, dasar dan matlamat penubuhan serta perjuangannya.
Objektif :
2. Objektif penubuhan PAS termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal ke 5 di bawah tajuk Tujuan PAS ialah :
a] "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah."
b] "Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara."
Hala Tuju PAS
3. Hala tuju PAS atau arah mana PAS bergerak bagi mencapai matlamat perjuangan ini boleh difahami dan dihayati melalui usaha-usaha Amal Islami yang dilakukan oleh PAS sebagaimana yang tertera dalam Fasal ke 6 Perlembagaan PAS di bawah tajuk Usaha - Usaha PAS :
a] Menyeru umat manusia kepada Syari?at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
b] Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari?at serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan
c] Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
d] Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
e] Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
f] Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
g] Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
h] Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
i] Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
j] Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
k] Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.
Dasar PAS
4. PAS tegak diatas dasar perjuangan yang jelas dan bersifat qate'i . Ianya tidak akan diubah atau dipinda lagi. Ubah dasar ertinya tiadalah lagi erti perjuangan Islam yang dilaungkan oleh PAS selama ini. Justeru itu dasar ini bukan sahaja diperjuangkan malah wajib dipertahankan. Rujuk Perlembagaan PAS Fasal ke 3 :
"Dasar PAS ialah Islam"
Matlamat PAS
5. Matlamat terbahagi kepada dua. Pertama ialah matlamat semasa atau matlamat jangka pendek. Matlamat semasa ini juga boleh disebut sebagai objektif iaitu suatu yang menjadi jawapan kepada "kenapa" dan "mengapa" PAS berjuang ? Menjawab persoalan "kenapa" dan "mengapa" tersebut, ianya telah dimuktamadkan oleh Perlembagaan PAS melalui Fasal ke 5 di bawah tajuk tujuan - tujuan PAS.
6. Sementara bahagian kedua ialah matlamat akhir atau matlamat jangka panjang. Ia adalah matlamat yang bersifat abadi dan kekal. Matlamat jangka panjang ini adalah manifestasi dari apa yang disebut sebagai seruan PAS sepertimana yang ditintakan dalam Fasal ke 4 Perlembagaan PAS iaitu "Seruan PAS ialah Allahu Akbar".
7. Allahu Akbar ertinya Allah swt Yang Maha Besar, Yang Maha Agung dan Yang Maha Berkuasa mengatasi segalanya. Justeru itu, hidup mati kita sebagai manusia amnya dan sebagai muslim khasnya mestilah kembali kepada Allah swt. Kembali dengan redha Allah swt bukan kembali dengan murka Allah swt.
8. Kesimpulan mudah, matlamat akhir kita hidup di bumi fana' ini ialah mencari atau mendapatkan Mardhatillah (Keredhaan Allah swt). Justeru itu salah satu dari 5 Slogan pejuang Islam sepanjang zaman telah memuktamadkan matlamat akhir sebagai Allahu Ghaayatuna (???? ??????) bermaksud Keredhaan Allah Matlamat Akhir kita.
Lima Slogan Pejuang.
9. Slogan ini bukan sahaja menjadi lafaz yang diungkap pada bibir tetapi wajib mendarah-daging di dalam jiwa setiap para pejuang Islam.
a) Allahu Ghaayatuna
b) Al Quraanu Dustuuruna
c) Ar Rasuulu Qudwatuna
d) Al Jihaadu Sabiiluna
e) Al Mautu Fi Sabilillah Asmaa Amaanina -
b) Al Quraanu Dustuuruna
c) Ar Rasuulu Qudwatuna
d) Al Jihaadu Sabiiluna
e) Al Mautu Fi Sabilillah Asmaa Amaanina -
Terjemahan :
a] (Keredhaan) Allah Matlamat kami
b] Al Quran Perlembagaan kami
c] Rasul Ikutan kami
d] Jihad Jalan kami
e] Mati dijalan Allah setinggi-tinggi cita-cita kami
b] Al Quran Perlembagaan kami
c] Rasul Ikutan kami
d] Jihad Jalan kami
e] Mati dijalan Allah setinggi-tinggi cita-cita kami
0 comments: