Seruan Tuan Guru Presiden Tetap Sama, Iaitu Bersatu Atas Dasar Islam

Alhamdulillah, malam tadi Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS telah berjaya menyampaikan kuliah maghrib perdana di Masjid Saidina Abu Bakar As-siddiq Bangsar dan sekaligus menembusi masjid yang sebelum ini dikatakan terlalu sukar untuk dimasuki oleh penceramah yang tidak sehaluan dengan fikrah kerajaan.
Ada suara sinis yang mendakwa Tuan Guru sudah terperangkap dengan UMNO tetapi sebenarnya itulah strategi dakwah PAS. Sudah lama kita hanya berkisar dipentas-pentas PAS. Ini satu pendekatan baru yang selari dengan ciri-ciri Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Inilah satu strategi, perubahan dan dimensi baru yang PAS harus terokai.
Tuan Guru telah berjaya memberitahu jemaah yang hadir dari semua peringkat jawatan dan pelbagai fahaman politik bahawa kemestian penyelesaian itu adalah dengan Islam.
Suara dan penjelasan Tuan Guru tidak berubah walaupun dipentas yang berbeza, beliau Istiqamah menerangkan penyelesaian Islam dan telah berjaya hadir seterusnya menyampaikan mesej Islam, soal penerimaan pendengar terhadap apa yang disampaikan itu adalah urusan Allah swt.
Kita berdoa agar selepas ini Tuan Guru terus diberi peluang untuk berkuliah di masjid-masjid yang lain lagi di sekitar Kuala Lumpur ini. Semoga seruan Tuan Guru untuk mengajak manusia kembali kepada Islam selepas ini lebih meluas di merata tempat.
Dikemaskini oleh:
Lajnah Penerangan
PAS Kawasan Putrajaya

0 comments: