NIBONG TEBAL: Masyarakat bukan Islam perlu didekati dengan pendekatan dakwah yang berhikmah dan berkesan melalui peranan dan kesungguhan para daie.
Hakikatnya, usaha dakwah dilakukan bukan sahaja mengecilkan jurang antara umat Islam dengan masyarakat bukan Islam, bahkan memperkenalkan PAS sebagai parti yang membawa mesej "rahmatan lil 'alamin".
Atas tanggung jawab itulah, Lajnah Dakwah PAS Negeri Pulau Pinang diketuai Pengerusinya, Amir Hamzah gigih mengadakan 'Street Dakwah' sebagai satu usaha menyantuni golongan berkenaan.
Ujarnya, kewajipan sedemikian mesti dilaksanakan agar diri tidak berdepan tuntutan di Mahsyar kelak andai dipersoal oleh orang musyrik.

"Program ini memecah kebuntuan yang masyarakat bukan Islam sebenarnya boleh didekati dan perlu disantuni," ujarnya menolak stigma tersebut pada 'Street Dakwah' bersama PAS Kawasan Nibong Tebal di Sungai Udang, di sini 26 Mac semalam.
Menurut Amir, sebelum ini wujud tanggapan bahawa masyarakat bukan Islam sukar didekati dan tugas tersebut terkhusus kepada guru-guru agama.
Menerusi 'Street Dakwah' Siri Kelima itu, mesej Islam dapat disampaikan secara langsung kepada masyarakat bukan Islam setempat.
Bahkan, konsep mendekati sedemikian yang dilaksanakan dengan mempamerkan akhlak Islam itu dilihat melunakkan interaksi masyarakat bukan Islam dengan para daie program tersebut.
Terang Amir, pihaknya bersedia meneruskan lagi pelaksanaan tersebut di kawasan-kawasan lain dalam Pulau Pinang
0 comments: