KOTA SAMARAHAN: Penyertaan PAS dalam pilihan raya bukan semata-mata politik, tetapi lebih besar dari itu adalah dakwah dan kebajikan.
Peranan PAS menyampaikan agama dan melaksanakan tanggungjawab kepada manusia merupakan amanah yang ditaklifkan Allah.
Tetapi mendekati manusia dengan wadah politik sering dilihat sebagai bermotif kepentingan.
Atas tuntutan itulah PAS menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal menjelang tidak lama lagi sebagai kesempatan terbaik membawa Islam kepada masyarakat Bumi Kenyalang.
Waktu itu sahaja menjadi ruang yang agak terbuka untuk masyarakat menerima parti-parti politik untuk mendekati mereka.
Antara yang komited memanfaatkan peluang tersebut adalah Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia. Diketuai Pengerusinya,Ustaz Hafez Sabri bersama jawatankuasa dan sahabatsahabat Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, mereka telah berkampung di Dun Muara Tuang, di sini baru-baru ini.
Sepanjang di situ,mereka telah mengadakan ziarah kebajikan di tujuh kampung mengadakan pelbagai aktiviti mendekatkan masyarakat dengan Islam.
Antaranya edaran alQuran dan naskhah surah Yaasin percuma disamping akhbar Harakah dan bendera PAS.
Masyarakat setempat yang diziarahi juga disantuni dengan pengisian kuliahdisampaikan sendiri UstazHafez selain mengimarahkan surau dan masjid.
Rombongan beliau turutmenghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan menerusi sumbangan keperluan dapur, selain ziarah al-Malak.
0 comments: