NILAI TAQWA
Wahai sekalian orang beriman,
Bertaqwalah kamu sepanjang kehidupan,
Semoga dirimu beroleh kebahagian,
Martabat meningkat di sisi al-Rahman.
Dalam membina muttaqin sejati,
Perkara ghaib wajib diimani
Mendirikan solat lima kali sehari
Membelanjakan harta seikhlas hati
Mengimani al-Quran dan kitab suci.
Meyakini kehidupan akhirat selepas mati.
Jadikan taqwa pakaian hakiki,
Itulah penyelamat setiap diri,
Setiap langkah sangat berhati-hati,
Bagaikan berjalan di tempat berduri.
Taqwa menjadi teras kehambaan,
Harta dan rupa bukan ukuran.
Taqwa pelengkap nilai keimanan,
Perisai ampuh menolak kemungkaran.
Allah bersama orang bertaqwa,
Menjadi pembela setiap masa.
Memakbulkan doa saat dipinta.
Setiap masalah diberi solusinya.
Saidina Ali pernah berkata,
Ciri taqwa empat perkara,
Takutkan Allah hindari azabnya,
Redha dengan sedikit itulah sifatnya,
Pengamalan al-Quran menjadi budaya,
Persiapan akhirat itulah misinya.
Oleh : Ust Zainudin
Pengerusi
Lajnah Dakwah BPPWP
01 April 2016.
0 comments: