KUALA TERENGGANU – Bukan semua orang Tionghua (Cina) di negara ini yang menyokong DAP dan MCA bahkan ada yang menyokong PAS.
Aktivis Cina Muslim Dr Ann Wan Seng bahkan berkata, bukan ‘hudud’yang ditakuti oleh masyarakat Cina dan sebahagian besar peniaga Cina dapat menerima hukum Islam itu.
“Politik orang Cina lebih tinggi dari orang Melayu….orang Cina bukan tak sokong parti PAS,
“Sebenarnya orang Cina bukan sokong DAP penuh (semuanya dan) bukan semua orang Cina sokong MCA,
“Ada juga orang Cina yang sokong PKR (dan) ada orang Cina yang sokong parti PAS,”jelasnya.
Buktinya di negeri Selangor, kata beliau, sebelum lagi terbentuk Pakatan Rakyat, PAS yang bertanding dalam pilihan raya, kalah di kawasan majoriti Melayu tetapi menang di kawasan Cina.
Beliau berkata demikian ketika menjadi pembentang kertas kerja pada Forum Pengenalan dan Pendekatan Dakwah Kristian dan Buddha di masjid Jamek Pengadang Baru, di sini hari ini.

Beliau berkata, kesedaran politik orang Cina yang tinggi membuatkan kaum itu boleh memberi undi kepada sesiapa sahaja.
Menurutnya, sokongan orang Cina kepada MCA semakin merosot, kerana kebanyakkan orang Cina menganggap MCA sebagai ‘parti peniaga’.
“MCA ni parti peniaga…….mereka (orang Cina yang) masuk MCA semua nak berniaga sebab itulah semua orang Cina dia tolak (MCA sekarang),
“DAP dia ‘agresif’dia banyak memperjuangkan hak-hak orang Cina, sekolah Cina, bahasa Cina dan hak-hak asasi manusia,
“dan sekarang ni jadi isunya……..mereka menggunakan hudud untuk menakut-nakutkan orang Cina iaitu supaya tidak sokong parti PAS,”ujarnya.
Namun sebaliknya, kata beliau, orang Cina bukan takut kepada hudud, dan sebenarnya ramai yang mengatakan mereka tidak ada masalah dengan hudud.
“saya dah jumpa ramai orang Cina…….peniaga-peniaga Cina, mereka kata mereka tidak ada masalah dengan hudud, dia tak ada masalah dengan undang-undang Islam,
“dia kata, kalau undang-undang itu baik……dapat melindungi perniagaan mereka…..kalau undang-undang itu dapat menjaga keselamatan mereka, tak ada masalah bagi mereka dan kenapa mereka hendak menentang(nya),”tegas beliau.
Katanya, tidak ada masalah kepada orang-orang Cina di Malaysia untuk menerima undang-undang Islam.
Tetapi menurutnya, orang-orang Cina akan bersatu sekiranya berdepan dengan isu-isu yang menyentuh kepentingan mereka.

0 comments: