UJIAN PANAS DAN KERING SELURUH NEGARA

Kenyataan Media (22) Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor  
UJIAN PANAS DAN KERING SELURUH NEGARA

Assalamu'alaikum Dan Salam Sejahtera
Merujuk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Sains ,Teknologi Dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau 19 Mac 2016 .Cuaca panas dan kering yang kini berlaku di Perlis dan Kedah akan turut dirasai seluruh Semenanjung sehingga penghujung Mac 2016.Keadaan ini disebabkan oleh kejadian fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2016 Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyarankan agar : 

1.  Pihak surau dan masjid diseluruh negara mengadakan solat hajat secara berterusan semoga musibah yang diberikan oleh Allah tidak berpanjangan dan diturunkan hujan agar bahang kepanasan ini berkurangan.Sifat orang-orang yang beriman apabila diuji oleh Allah SWT akan sentiasa merujuk dan mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT dengan bersabar,bersolat,berzikir dan raja' kepadaNya.
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
( Al-Baqarah - 156 )
2.  Pihak kerajaan mengkaji dan memantau semua program-program hiburan yang melampau di TV dihentikan kerana menghormati ujian dari Allah SWT,menjaga senstiviti agama dan rakyat yang ditimpa musibah agar tidak mengundang kemurkaan Allah SWT yang apabila datang menimpa sesuatu kaum dalam bentuk yang umum, salah satunya melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT.Gerunlah terhadap ancaman Allah SWT sekiranya umat manusia melakukan kezaliman dan kemungkaran di atas muka bumi ini.
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
( Al-Anfaal : 25 ).
3.  Pihak kerajaan  Malaysia seharusnya memuhasabah diri dengan dasar negara yang telah dan akan dilaksanakan agar selari dengan syariat Allah.Kezaliman,ketidakadilan,
penyelewengan,kemungkaran,kemaksiatan,penganiyaan dan polisi-polisi yang menidas rakyat juga antara faktor turunnya bala daripada Allah SWT .Islam telah mengajar kita konsep " mencegah lebih baik daripada mengubat" jangan nanti " sudah terhantuk baru nak tergadah"
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Ar-Rum : 41)
4.  Semoga dengan membanyakkan istighfar dan muhasabah diri ,negara Malaysia semakin makmur dan rakyatnya semakin sejahtera dengan kepimpinan yang lebih bertaqwa di masa akan datang serta mendapat keampunan Allah SWT.
Wassalam,sekian terima kasih.
Kamalulhysham Mohd Suhut
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
11 Jamadil Akhir 1437/20 Mac  2016

0 comments: