

PAS Selangor membantu jentera Pilihan Raya PAS Negeri Sarawak seperti sebelum ini. YB Dr Halimah Ali (ADUN Selat Klang) bersama Calon PAS DUN Samalaju iaitu Zharudin di sebuah rumah panjang di Samalaju. Program klinik bergerak, pertandingan mewarna, agihan roti dan belon telah diadakan bagi menceriakan suasana rumah panjang. Alhamdulillah, sambutan sangat memberangsangkan. Jentera PAS Selangor membantu PAS Samalaju dan bekerja keras untuk menangkan Calon PAS yang bertanding.
0 comments: