
ALLAH JAMIN KEMENANGAN ISLAM
1. Kemenangan Islam merupakan janji Allah dan ianya tidak mustahil dengan syarat mengikut roadmap yang dinyatakan oleh Allah SWT.
2. Sekiranya kita memenuhi ciri-ciri dan sifat Islam, Allah tetap memberi kemenangan walaupun lawan-lawan kita lebih hebat, kaya dan kuat berkuasa pada zahirnya.
3. Kemenangan tidak diberi percuma sebaliknya mestilah turun ke gelanggan bertembung dengan golongan yang melawan dan tidak bersetuju.
4. Mesti ingat, kita membawa mesej yang penting iaitu "rahmat kepada seluruh alam."
5. Kemenangan Islam berbeza dari Revolusi2 ciptaan manusia yang banyak mengorbankan nyawa kerana membalas dendam.
6. Kemenangan Islam bukan sahaja kepada penganut Islam tetapi juga kepada penganut bukan Islam.
7. Tanda-tanda kemenangan kian terlihat dengan penyertaan dan penerimaan pelbagai masyarakat seperti pesara-pesara pegawai tadbir kerajaan, swasta yang wibawa dan lain-lain. Bahkan yang bukan beragama Islam telah merelakan diri menjadi calon PAS dalam pilihan raya.
8. Kita berdoa semoga fenomena ini sebagai fajar menyinsing yang menunjukkan matahari kemenangan akan naik bila-bila masa sahaja.
9. Tetapi percayalah, matahari tidak naik dengan kokok kita sahaja. Mestilah kita bertabaruk dan berta'abut, merendah diri kepada Allah agar kemenangan kita kemenangan yang mendapat berkat.
10. Jangan kita ikut jalan orang tidak mengerti yang merasakan seolah-olah Islam tidak akan menang bila-bila masa, sampai kiamat tidak menang. Atau yang mahu menang cepat dan segera.
11. Ikutlah kebijaksanaan pimpinan terkini dan para pimpinan yang istiqamah dalam melayari bahtera perjuangan ini.
12. Kita mahu suatu kemenangan yang matang, kemenangan yang masak ranum mengikut roadmap yang diatur.
13. Kepada semua pihak, kita menyeru untuk tidak bimbang bersama PAS di mana sekiranya tidak berupaya memberi sokongan secara terbuka, namun berilah sokong secara senyap-senyap.
Oleh,
Cikgu Shokri Hj.Fauzi,
Tempat Parking Lapangan Belajar Memandu Matang,
Kuching.
9.54 pagi,
Khamis, 7 April 2016
0 comments: