Anak Jati Perak Mengharumkan Nama di Dunia


KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PERAK
ANAK JATI PERAK MENGHARUMKAN NAMA DI DUNIA

1) Dewan Pemuda PAS Perak merakam penghargaan dan ucapan tahniah diatas kejayaan anak kelahiran Kampung Gajah, Khairul Idham Pawi, yang berjaya mencipta sejarah apabila menjadi pelumba pertama Malaysia memenangi Kejohanan MotoGP Dunia bagi kategori Moto3 dalam Grand Prix Motosikal Argentina.
2) Kejayaan manis ini membuka satu lembaran baru bagi sukan permotoran di Malaysia. Malahan berjaya membuka mata dunia terhadap keupayaan pelumba Malaysia memenangi perlumbaan dunia.
3) Dewan Pemuda PAS Perak juga menyatakan rasa syukur dan bangga apabila pelumba yang berusia 17 tahun ini walaupun sudah bergelar juara, namun masih meletakkkan agama sebagai keutamaan apabila beliau tidak bersama dalam acara 'semburan arak’ bagi meraikan kemenangan.
4) Dewan Pemuda PAS Perak sentiasa komited meraikan minat anak muda dan dalam masa yang sama terus menanamkan benih taqwa serta keimanan di hati mereka. Penubuhan Alternative Riding Club dengan pelbagai akiviti sukan permotoran dengan selingan elemen kerohanian semakin mendapat sambutan dikalangan anak muda.
5) Dewan Pemuda PAS Perak mendoakan semoga kejayaan mengiringi usaha murni Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin dalam mengharumkan nama Malaysia dengan disulami ketaqwaan kepada Allah.
"Orang Muda Pilih PAS"
#BeristiqamahHinggaKemenangan
AKMAL HJ KAMARUDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak

0 comments: