Dalam perkembangan terbaru terhadap 1MDB, kehilangan RM14 bilion milik 1MDB yang dibayar kepada Aabar Investments PJS Limited, sebuah syarikat didaftarkan di British Virgin Islands namun dinafikan pertaliannya oleh International Petroleum Investment Company atau IPIC, rakyat masih tertunggu-tunggu siapakah yang bakal menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara.
Bulan April sudah hampir penghujungnya, nampaknya hasrat Tan Sri Zeti untuk mengambil ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah USD$1.83 bilion yang berada di luar negara semakin malap atau tiada sebarang bunyi kedengaran daripada Peguam Negara.
Bukan itu sahaja, hasrat Tan Sri Zeti untuk melihat isu 1MDB selesai sebelum beliau bersara nampaknya susah kesampaian.
Pengganti Tan Sri Zeti dijangka akan terus memikul tugas menyelesaikan masalah 1MDB. Oleh itu, pengganti beliau mestilah dari kalangan-kalangan yang berwibawa, bebas dari pengaruh politik, berani, tegas, adil, berpihak pada kebenaran dan berkemampuan seperti Tan Sri Zeti
PAS menegaskan mereka yang pernah melibatkan diri di dalam kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mana-mana parti politik BN mestilah ditolak sebagai calon gabenor BNM yang baru.

BNM adalah satu-satunya institusi yang masih dipercayai rakyat Malaysia, perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik.
Jika tiada pengganti yang sesuai kepada Tan Sri Zeti belum dapat disepakati, PAS mendesak agar Tan Sri Zeti diberikan lanjutan kontrak bagi memenuhi hasratnya melihat isu 1MDB diselesaikan sebelum beliau bersara.
Rakyat masih menanti jaminan PM bahawa Bank Negara akan bebas dari campurtangan ahli politik. Jaminan ini sangat penting bagi membina keyakinan pelabur luar dan integriti BNM dapat dipertahankan.
Peringatan Tan Sri Zeti bahawa BNM perlu kekal sebagai badan bebas daripada sebarang pengaruh politik perlu diambil serius. Kerajaan wajib melupakan kecenderungannya dalam mencabuli kebebasan BNM lebih-lebih lagi tangan-tangan ghaib yang cuba menutup isu 1MDB.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19 April 2016

0 comments: