Dunia Tempat Berpenat Lelah, Akhirat Tempat Beristirehat - Hj Idris

SETIAWANGSA, 13 April 2016 : Hidup ini adalah tempat berpenat-lelah dan akhirat itu adalah tempat berehat. Demikian tegas Ketua cawangan Taman Sri Rampai, Hj Idris ketika menyampaikan ucapan pergulungan dalam Mesyuarat Agong Kawasan Setiawangsa baru-baru ini.
Menurut beliau, betapa beruntungnya orang yang dapat menyumbangkan kebajikan kerana pahala daripada kebajikan tersebut akan tetap mengalir meskipun telah meninggal dunia.
Beliau memetik contoh undang-undang islam yang PAS perjuangkan. Seandainya ia dilaksanakan suatu hari nanti, tidakkah kita juga termasuk dalam kalangan orang yang berjuang menegakkannya sekaligus ia menjadi saham buat kita semua di akhirat nanti.
Ucapan diteruskan lagi oleh Ketua cawangan Pusat Bandar Rampai, Ustaz Ubaid Akla. Beliau memetik kata-kata daripada wakil Taman Sri Rampai yang menegaskan bahawa dunia adalah tempat untuk kita berpenat-lelah.
Ujar beliau lagi, pemuda seharusnya lebih terkehadapan dalam menggerakkan program-perogram di peringkat kawasan.

0 comments: