KOTA BHARU: Tindakan Jabatan Pendidikan Kelantan (JPN) menggantung pelajar yang dibuli sehingga cedera dianggap bapanya sebagai terburu-buru dan tanpa kajian mendalam.
Dr Zulkeflee Yaacob, bapa kepada Aiman Hazim, 15 yang kini terlantar di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak petang Khamis lepas berkata, tindakan JPN menyimpang daripada prosedur sebenar.
“Sepatutnya mereka siasat dahulu rekod anak saya dengan pihak sekolah dan bukannya membuat kenyataan sekadar melepas batuk di tangga.

“Sudahlah anak saya cedera dan terlantar di hospital hampir seminggu, tiba-tiba digantung pula sekolah tanpa alasan konkrit,” katanya di sini.
Baru-baru ini media melaporkan pelajar tingkatan empat didakwa mencederakan pelajar tingkatan tiga sehingga retak tulang leher.
Pada kejadian jam 1.45 petang Khamis lepas mangsa dilapor ditendang dua kali di leher sehingga menyebabkan tidak sedar diri.
Ekoran itu Timbalan Pengarah JPN Jaafar Ismail dalam kenyataannya Ahad lepas memberitahu pelajar yang terbabit dalam pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa digantung persekolahan selama dua minggu.
Sehubungan itu Zulkeflee menuntut JPN memohon maaf kerana kenyataan tersebut menjejaskan reputasinya sebagai bapa dan pensyarah.
“Sejak anak saya belajar di sekolah itu hampir tiga tahun lepas tidak pernah diberitahu pihak sekolah secara lisan dan bertulis berlaku perlanggaran disiplin.
“Jadi di mana keadilan terhadap kenyataan JPN terbabit. Sudahlah menjadi mangsa buli tiba-tiba digantung persekolahan pula,” ujarnya.
Aiman ketika ditemui mendakwa beliau dipukul pelajar terbabit ketika dalam perjalanan ke tandas. Manakala pelajar memukulnya kini ditahan reman selama empat hari. -HARAKAHDAILY 13/4/2016

0 comments: