SETIAWANGSA, 13 April 2016 : Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Nazmi Nik Din mengingatkan ahli PAS agar jangan menyimpan kekuatan tanpa digunakan untuk kebaikan Islam.
Beliau menegaskan demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Setiawangsa di hadapan perwakilan PAS yang memenuhi dewan Al Ansar , Setiawangsa.
Beliau memetik ayat ke-60 daripada surah al-Anfal yang menegaskan tentang kepentingan mempersiapkan kekuatan diri untuk berjuang di jalan Allah.
Ujar beliau, kekuatan di dalam ayat ini merujuk kepada kekuatan yang paling maksimum yang boleh disumbangkan untuk agama Allah.
"Walaupun yang disumbangkan itu adalah sedikit, namun jika ia adalah kekuatan yang paling maksimum, kemenangan yang dijanjikan Allah pasti akan tiba." tambah beliau.
Ucapan yang bersemangat itu disambut dengan laungan takbir oleh ahli perwakilan mesyuarat.
0 comments: