KOTA BHARU: Mungkin ramai tidak percaya ciptaan seluar bersalin yang mesra syariah di Kelantan kini menembusi pasaran dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata seluar itu yang dinamakan Mama Pride dikeluarkan pada 2014.
“Mama Pride diguna pakai di bilik-bilik bedah dan bilik bersalin di seluruh Malaysia. Sekarang juga sudah sampai ke United Kingdom, Paris dan Arab Saudi yang diguna di hospital.

“Alhamdulillah produk itu turut mendapat sambutan kalangan wanita bukan Islam. Sekarang terdapat 100 agen menjadi jurujual Mama Pride,” katanya di sini.
Seluar terbabit sesuai digunakan wanita yang hendak bersalin kerana mudah dibuka. Malah ia juga boleh digunakan lelaki yang ada masalah urologi. Tempat suntikan khas juga disediakan di seluar tersebut.
“Mama Pride telah kita patternkan. Produk itu dihasilkan Urusetia Pembangunan Wanita dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma),” ujarnya.
Katanya juga pakaian berkaitan sakit puan tersebut kini dikomersial Koperasi Papisma.
“Ini sumbangan wanita Kelantan untuk wanita dunia. Saya juga mendapat respons dari wanita di Indnoensia, UK dan Amerika. Mereka menganggap sebagai the first seluar bersalin mesra syariah,” katanya. -HARAKAHDAILY 4/4/2016

0 comments: