
Masalah Peparitan di
Pujut boleh menyebabkan banjir kilat
MIRI – Parit tersumbat
dan air tidak dapat mengalir dengan lancar boleh menyebabkan air bertakung dan
membiakan nyamuk `aedes`. Masalah peparitan yang tidak dibina dengan baik bukan
saja boleh menyebabkan parit tersumbat bahkan boleh menyebabkan banjir kilat
apabila musim hujan lebat.
Penduduk di sekitar
Kampung Pujut Padang Kerbau dan Pujut Tanjung Batu mengadu masalah ini kepada
pihak kami semasa lawatan ke kampung tersebut. Ada sesetengah tempat hanya
sebahagian saja parit dibina mengunakan kongkrit dan selebihnya tidak siap
sepenuhnya menyebabkan parit tersebut tersumbat dan air tidak dapat mengalir
dengan lancar.
Apabila hujan lebat
berlaku banjir kilat di kawasan perumahan mereka disebabkan air tidak dapat
mengalir dengan lancar. Mengapa pihak berkenaan hanya membina sebahagian saja
parit kongkrit dan tidak menyiapkan sepenuhnya ke kawasan perumahan mereka yang
terlibat.
Kita mengesa agar
pihak yang berkenaan dapat menyiapkan projek peparitan sepenuhnya di seluruh
kawasan perumahan di Kampung Pujut untuk mengelak berlakunya banjir kilat.
Dengan adanya sistem
peparitan yang sempurna ianya juga boleh mencegah pembiakan nyamuk aedes dan
mengelak berlakunya banjir kilat di kawasan perumahan tersebut. Kesihatan dan
keselamatan penduduk perumahan di Kampung Pujut perlu diberi keutamaan agar
mereka dapat hidup selesa dan selamat. Kerjasama dengan pihak yang
bertanggungjawab dalam urusan saliran dan peparitan amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
0 comments: