Menjawab Fitnah.

Zaman fitnah. Petang ini saya dapat satu kenyataan kononnya Majlis Syura setuju Rafizi ditangkap kerana tepat dengan Al-Quran dan Sunnah. Kenyataan tanpa nama. Cuma atas nama SU Majlis Syura. Semua orang bertanya adakah ini kenyataan Majlis Syura PAS. Tidak logik langsung drp Majlis Syura PAS

PAS  konsisten menentang Akta zalim. Memang TULISAN BERNIAT JAHAT, FITNAH dan Berhati busuk untuk memberi gambaran buruk kepada Majlis Syura PAS. Walau pun tidak letak nama Majlis Syura Ulamak, cuma letak MAJLIS SYURA sahaja. Di Malaysia mana ada pertubuhan yang ada Majlis Syura yang dilembagakan di dalam Perlembagaan. Sama juga ada yang hendak fitnah PAS kononnya ada ahli PAS BAHAGIAN yang keluar PAS, sedangkan PAS guna Kawasan bukan Bahagian.
Semua ini bertujuan untuk membentuk persepsi buruk kepada PAS. Sebelumnya disebar PAS dapat habuan RM2.6 bilion. Wahai pemfitnah buatlah, tulislah apa yang kamu hendak fitnah kepada PAS selagi jari kamu boleh menulis. Sebelum jari kamu kaku. Buatlah ikut kehendak kamu, selagi mana kamu hendak buat. Mungkin kamu terlepas hukuman di dunia, tetapi tulisan kamu menjadi saksi dan bukti ketika bertemu Allah SWT.  Ingat ahli PAS ada 1.2 juta ahli. Ada di kalangan mereka doa yang mustajab oleh Allah SWT.

Ust Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
6/4/16

0 comments: