Mesej PAS Adalah Mengembalikan Keadilan


BINTULU, 6hb April 2016 : Islam bukan 'religion' mengikut kefahaman barat tetapi Islam adalah merupakan satu cara hidup.
Demikian tegas Presiden PAS , Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di hadapan rakyat Sarawak yang mengikut secara tekun ucapan beliau di Majlis Pengistiharan calon PRN Sarawak sebentar tadi.
Menurut beliau Islam mengajar kepada penganutnya untuk hidup dalam komuniti bukan sendirian.
Ujar beliau lagi dalam Al-Quran telah dinyatakan oleh Allah SWT bahawa manusia tidak boleh hidup secara sendirian.
Jelas beliau, Islam mengajar manusia nilai sebenar keadilan tanpa mengira perbezaan kaum dan bangsa bahkan diberikan layanan yang sama.
Beliau menegaskan walaupun PAS sentiasa menerima gangguan ketika menang dalam pilihanraya di Kedah, Perak dan Terengganu namun PAS tidak pernah berputus asa memperjuangkan keadilan.
Menurutnya kemenangan yang PAS inginkan bukan sekadar di dunia bahkan di akhirat.
"Islam mengiktiraf pendekatan demokrasi kerana ianya paling hampir dengan ilmu politik Islam sekaligus membuktikan politik Islam mempunyai pendekatan terbaik.
"Keadilan dalam Islam meraikan semua pihak tanpa wujud kepentingan pihak tertentu." ujar beliau lagi.
"Islam tidak hanya mementingkan kaum bahkan merangkumi cara hidup, pengurusan dan pentadbiran negeri dalam memastikan kebajikan rakyat dapat dipelihara dengan baik," tegas beliau ketika Majlis Pengisytiharaan Calon PAS bagi Pilihanraya Negeri Sarawak.

0 comments: