Orang Kampung Hendak Tahu Siapa Dr Zakir
Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
12/4/16
Setiap perkara ada hikmahnya. Halangan Dr Zakir Naik untuk berceramah di sekitar Kuala Lumpur dan Melaka mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat. Jika di zaman Nabi SAW yang tidak ada media sosial dan langit terbuka pun Islam berkembang dengan pesat. Ini kan pula di zaman canggih, maklumat di hujung jari sahaja.
Mereka boleh halang untuk beliau menyampaikan ceramah dan dialog, tetapi mereka tidak boleh menghalang kebenaran sampai ke lubuk hati manusia. Islam tegak dengan kekuatan hujah
Sebelum ini Dr Zakir hanya terkanal di kalangan golongan intelektual dan pengamal media sosial. Sekarang sudah menjadi bualan di kalangan orang-orang kampung. Mula bertanya siapa Dr Zakir Naik. Kenapa beliau dihalang untuk berceramah. Mereka pun hendak tahu apa kandungan ceramah beliau. Adakah beliau membawa ajaran sesat.
Begitu juga bagi mereka yang tidak berapa kisah selama ini mengenai ceramah Dr Zakir telah mula mendengar melalui you tube. Alhmadulillah iklan percuma untuk Dr Zakir. Saya yakin ramai di kalangan orang bukan Islam yang bijak pandai pun akan mencari dan hendak mendengar ucapan Dr Zakair. Benda yang baik, walau pun orang cuba sembunyi ia tetap akan dicari.
Isu Dr Zakir juga terserlah citra warna manusia sebenarnya sehingga sanggup melebelkan beliau sebagai syaitan. Sepatutnya hujah melawan hujah, bukan sebaliknya. Beliau minta supaya Malaysia meniru Canada dan UK kerana tidak membenarkan beliau berceramah. Mungkin beliau lupa di mana bumi dipijak dan lupa asas kenegaraan Malaysia.
0 comments: