PAS Bantah DLP !
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
1. PAS menyeru seluruh ahlinya dan warga prihatin hadir ke Perhimpunan Aman Bantah DLP anjuran badan - badan bukan kerajaan dan tokoh-tokoh pejuang bahasa bagi mendengar secara langsung hujjah dari para pejuang bahasa kenapa DLP mesti dibantah.
Tarikh : 9 April 2016
Hari : Sabtu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Padan Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur
Tema pakaian : Warna PUTIH
3. Kenapa PAS sokong bantahan ini ? Selain daripada hujjah yang akan diutarakan pada hari himpunan tersebut, asas utama kenapa PAS turut serta membantah ialah :
"Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran."
b) Pengenalan DLP bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan itu sendiri pada perkara 152 (1) dan (6) yang menetapkan Bahasa Melayu selaku bahasa rasmi negara ini.
c) Perlaksanaannya adalah tidak seiring dengan kandungan Akta Bahasa Kebangsaan (syeksen 2) dan Akta Pendidikan (syeksen 17). Begitu juga ianya tidak mendokong usaha yang diterapkan melalui Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.
Justeru itu, anda semua dijemput hadir beramai - ramai ke himpunan ini untuk mendengar sendiri secara lebih lanjut hujjah tokoh-tokoh bahasa disamping menyatakan solidariti kita terhadap perjuangan pejuang bahasa untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Sekaligus menjadi isyarat jelas kepada kerajaan agar memansuhkan DLP.
(DLP ialah : Perlaksanaan Program Dwi Bahasa dalam subjek Matematik, Sains, Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Reka Bentuk & Teknologi.
Sekian.
0 comments: