PAS BERTANDING UNTUK MENANG DAN PAS SELANGOR OPTIMIS.


KENYATAAN AKHBAR

PAS BERTANDING UNTUK MENANG DAN PAS SELANGOR OPTIMIS.


1. PAS Negeri Selangor telah ditugaskan untuk membantu DUN (N.27) Sebuyau dan DUN (N.70) Samalaju pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang.

2. Kami telah turun sejak 2015 membantu PAS di Sarawak merampas kerusi-kerusi tersebut daripada Barisan Nasional.

3. PAS Sarawak juga telah melaksanakan banyak program-program untuk membantu rakyat seperti projek-projek ekonomi, projek-projek kebajikan dan projek-projek kemudahan rakyat.

4. PAS Sarawak telah berperanan di dalam masyarakat se belum memiliki seorang wakil rakyat.

5. Berdasarkan kesungguhan PAS, ingin ditegaskan bahawa PAS meletakkan calon-calon untuk memenangi pilihan raya.

6. PAS telah mengerahkan ahli-ahli dan membelanjakan wang ringgit bukan sekadar untuk bercuti tetapi untuk menawarkan pembelaan kepada rakyat Sarawak.

7. Bagi kedua-dua DUN yang akan ditandingi, PAS Selangor bersyukur dengan penerimaan penduduk yang amat menggalakkan terhadap PAS.

8. Penduduk tempatan tidak lagi takut untuk bersama-sama di dalam program PAS malah tidak sabar menunggu program-program kami.

9. Program-program pula digerakkan oleh ahli-ahli PAS tempatan.

10. Cawangan-cawangan PAS yang baru telah juga berjaya ditubuhkan.

11. Oleh yang demikian, PAS Selangor optimis dengan peluang PAS untuk merampas kerusi-kerusi tersebut.

12. Berdasarkan pemerhatian kami, rakyat Sarawak memerlukan pembelaan dari PAS kerana pembangunan di negeri tersebut adalah tidak seimbang.

13. ADUN-ADUN PAS akan membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri agar mereka dapat menikmati kemudahan dan pembangunan seperti rakyat Malaysia yang lain.

14. Kami berharap hak PAS untuk bertanding sepertimana di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi akan dihormati dan bukan dimusuhi dengan tindakan-tindakan ganas.

15. Marilah kita saling hormat menghormati di antara satu sama lain,


Y.B. Dato’ Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
19 April 2016

0 comments: