PAS Dan Perkembangan Dakwah Di Malaysia

Himpunan Malam Jumaat di Darul Ummah Khamis lalu disampaikan oleh Dr Mohd Zuhdi Marzuki. Antara yang dapat saya petik sedikit dari kuliah beliau ialah beliau menceritakan bagaimana kejayaan dakwah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Dakwah Baginda bukan setakat menyuruh orang buat baik sahaja, malah lebih daripada itu iaitu kearah meruntuhkan kuasa besar dunia pada waktu itu iaitu Rom dan Parsi.
Dr Zuhdi Marzuki
AJK PAS Pusat
Cara Rasulullah SAW berdakwah sangat inovatif dan kreatif. Tidak boleh cara A, Nabi akan buat cara B, tidak boleh B, cara C. Sebab itu dakwah Nabi berkembang dengan cepat. Beberapa peristiwa seperti Hifdul Fudhul dan perjanjian Hudaibiyah boleh dijadikan contoh kebijakan Baginda SAW berpolitik.
PAS sebagai sebuah parti yang ditubuhkan sejak tahun 1951 hingga sekarang, jika dikaji balik amat banyak peranannya yang berjaya dalam bidang dakwah Islamiyah di Malaysia. Pada tahun 60an dan 70an, banyak kedengaran di kalangan masyarakat Melayu (Melayu Umno) pada waktu itu yang memperlekeh dan menghina undang-undang hudud. Maka PAS sebagai sebuah gerakan Islam bertindak mempertahankan kesucian undang-undang Allah itu sehingga ramai pemimpin-pemimpin PAS dimasukkan ke dalam ISA disebabkan itu.
Dakwah Islam semakin berkembang dengan pesat bila PAS masuk kerajaan BN pada awal 70an selepas peristiwa 13 Mei. Tiada lagi hidangan arak pada majlis-majlis rasmi kerajaan yang sebelum daripada itu menjadi kebiasaan. Tiada lagi sudut minum arak di parlimen Malaysia. Lagu Selimut Putih nyanyian kumpulan AlJawahir dari Singapura berkumandang di kampung-kampung sebagai salah satu usaha dakwah. Idea Bank Islam dan Universiti Islam diperkenalkan pada waktu itu. Ramai ahli-ahli PAS berperanan mendakwahkan Islam di posisi masing-masing di kementerian-kementerian dan jabatan Kerajaan. Awal tahun 80an, Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan Kitab Mustika Hadis jilid 1 dan jilid 2. Pada awal kitab itu, disebut perkara-perkara yang membatalkan Iman dan Islam. Antaranya ialah mengucapkan ayat-ayat yang memperlekeh dan menghina hukum Allah. Semenjak daripada itu, sudah tidak kedengaran lagi suara sumbang itu.
Perjuangan PAS untuk menegakkan hukum ALlah konsisten dari dahulu hingga sekarang. Kajian Merdeka Centre kepada anak-anak muda Islam sebelum PRU 13 yang lalu menunjukkan 92% menyokong hudud dilaksanakan di Malaysia. Baru-baru ini Yang Dipertuan Agung dalam titah Baginda telah menyokong usaha menaiktaraf Mahkamah Syariah. Ini hasil daripada usaha PAS yang cuba membawa private bill utk meminda akta 355 di parlimen. Sebab itu dalam hal hudud ni, kita tak boleh undur balik ke belakang. PAS perlu cakap pasal Islam ini secara terus terang dan tanpa berselindung dengan rakyat berbilang kaum. PAS takkan terikut dengan pandangan biar ke Putrajaya dulu, baru cakap pasal Islam seperti yang diimani PAN yang berketuakan DAP. PAS akan terus dengan agenda hudud ini walaupun PAN dan DAP tidak suka.
Dalam bidang ekonomi pula, PAS ade alternatif mengikut ajaran Islam untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara. Kerajaan yang terlalu bergantung kepada hasil petroleum menjadi susah nak cari sumber duit bila harga minyak dunia jatuh, lalu mengenakan GST terhadap rakyat yang mana genap setahun hari ini (1 April 2016). GST ialah satu sistem percukaian yang haram kerana mengambil cukai daripada semua rakyat tak kira miskin kaya, susah senang. PAS ada alternatif selain daripada GST untuk menampung perbelanjaan kerajaan sekarang ni. Semuanya terkandung dalam Dokumen Hijau yang akan PAS bentang kepada Kerajaan dalam waktu terdekat ini.
Semoga PAS terus maju dan move forward dalam usaha dakwah dan politiknya di Malaysia khususnya dan dunia amnya.
Takbir!
Mohd Shahir Abu Hassan
Darul Ummah
31/3/2016

0 comments: