Gerbang IT : Shuhaimi Embong
PAS sedia gerbang maklumat untuk PRN Sarawak ke-11
Kira-kira sebulan lepas, pada 12hb Mac 2016, saya hadir ke Kuching, Sarawak untuk melihat sendiri PAS memulakan kempennya untuk menyertai pilihanraya Sarawak ke-11 dengan melancarkan Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak. Serentak dengan itu, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul hadi Awang juga melancarkan Gerbang maklumat, prnsarawak.pas.org.my sebagai pusat sehenti maklumat PAS bagi pilihanraya negeri Sarawak ke-11.

Denagn adanya gerbang maklumat yang khususnya ini, semua
pihak termasuk media boleh mendapatkan maklumat tentang PAS. Denagn ini
memudahkan ahli-ahli PAS dan orang ramai menyemak kenyataan-kenyataan berkaitan
pilihanraya Sarawak ini secara terus dan telus dari PAS.
Bahan-bahan yang akan mengisi gerbang maklumat itu antaranya
siaran video-video dan montaj-montaj berkaitan PAS, ucapan-ucapan terpilih
pimpinan PAS, profail dan biodata serta rayuan-rayuan kempen calon,
berita-berita berkaitan dengan kempen pilihanraya dan banyak lagi yang
dikemaskini setiap hari oleh petugas-petugas PAS.
Datuk Tuan merakamkan terima kasih kepada kakitangan Jabatan
IT PAS yang terlibat secara langsung dan para sukarelawan yang
menjayakan operasi pengendalian laman web ini. Gerbang maklumat di alamat http://prnsarawak.pas.org.my ini
diselia oleh Jabatan IT PAS Pusat dan telah pun beroperasi selepas
dilancarkan.
0 comments: