PAS Selangor Meraikan Perbezaan Pendapat

PAS Selangor mengalu-alukan kedatangan Dr Zakir Naik ke Malaysia. Selaku seorang pendakwah yang mahir dalam bidang perbandingan agama, PAS Selangor yakin bahawa sebuah diskusi dan perbincangan ilmiah dapat diwujudkan dikalangan rakyat Malaysia yang berlatarbelakangkan pelbagai agama.
Diskusi dan perbincangan yang berteraskan hujjah tersusun dan ilmiah amatlah diperlukan di Malaysia. Program-program seperti ini mampu meningkatkan integrasi melalui perbincangan aspek-aspek dan kepelbagaian agama di Malaysia.
Perbincangan dan wacana yang menyentuh perbandingan agama dapat membuka ruang untuk penganut setiap agama mengenali Islam dan juga mengetahui hujjah2 agama lain. Kerana itu, PAS Selangor menyarankan agar pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan Dr Zakir Naik untuk hadir dan mengemukakan pertanyaan dan berhujjah secara telus dengan beliau.
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang mempraktikkan kebebasan bersuara. Kebebasan ini tiada makna sekiranya suara pendakwah tersohor dunia disekat.
Mohd Prasad bin Hanif
Ketua Penerangan
PAS Selangor

0 comments: