Kuala Lumpur, 4 April 2016: PAS Wangsa Maju dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju dan Primcare telah mengadakan program Makan malam Perdana Dana Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) Sabtu lepas. Program ini telah diadakan di Dewan Kampung Pengantin, Setapak, bermula jam 8 malam sehingga 12 malam.
ntara pimpinan yang hadir ialah YB Dato' Iskandar Abd Samad, Ybhg. Dato' Mustafa Bin Ali, Sdr. Muhtar Suhaili, Sdr. Kamaruzzaman Mohamed, Sdr. Nurul Islam dan ramai lagi. Majlis adalah untuk bertujuan bagi mengumpul dana untuk membantu gerak kerja PRN Sarawak. Kira-kira 300 orang tetamu serta dermawan yang hadir yang juga terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, turut dijemput adalah para pelajar Sekolah Tahfiz Nur Ramadhan, Tanjung Malim.
Kesemua jemputan diberikan ruang untuk berucap dengan alu-aluan mengharap seluruh ahli PAS disemua peringkat agar membantu kemenangan PAS di Sarawak dengan harta dan segenap kepunyaan. Semoga PRN Sarawak kali ini akan melahirkan anak sulung kepada PAS Sarawak.
0 comments: