PAS Wilayah Ziarah Ustaz Hadi Abdul Rahman Kemalangan Motosikal

Kuala Lumpur, 2 April 2016: PAS Wilayah Persekutuan Sabtu lepas menziarahi Ustaz Hadi Abdul Rahman AJK Dewan Pemuda PAS Segambut di Hospital Selayang. 

Difahamkan beliau kemalangan cedera patah tulang peha kanan dalam kemalangan minggu lepas. Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Dr (H) Md Ali Jamil. Orang ramai bertali arus menziarahinya sejak Jumaat lalu yang terdiri daripada AJK PAS Wilayah Persekutuan, AJK Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan ramai lagi.
Bagi yang ingin menziarahi beliau boleh ke Hospital Selayang Wad 5c katil 14. Semoga beliau diberi kesembuhan segera.

0 comments: