PAS Yakin Peluang Menang Tetap Ada

KUCHING, 19 April - PAS akan berkempen berdasarkan kesaksamaan dan keadilan undang-undang Islam, selain daripada hudud di pilihan raya negeri Sarawak.

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Jofri Jaraiee, konsep ini akan memudahkan PAS  untuk memenangi hati dan minda pengundi-pengundi di Sarawak kerana parti itu telah mengambil kira lanskap politik negeri Sarawak,  dimana majoriti orang-orang bukan Islam hanya memahami hudud sebagai undang-undang yang boleh dilaksanakan untuk orang-orang Islam sahaja.

"Rakyat Sarawak yang bukan Islam tahu bahawa hudud tidak boleh dan tidak akan dilaksanakan di negeri ini," katanya semalam.

Jofri, yang akan bertanding di kerusi yang dominan untuk bangsa China iaitu  Pujut, telah berkata bahawa PAS akan meletakkan calon bukan Islam, Clement Bayang,  di kerusi Kakus.

Clement, 59, adalah calon bukan Islam yang pertama dipertandingkan oleh PAS. Kakus adalah kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Selangau.

“Oleh kerana majoriti penduduk di Pujut adalah bukan Islam, maka kita tidak boleh menguatkuasakan undang-undang hudud ke atas mereka dan mereka memahami isu ini dengan baik,” kata Jofri.
“Orang yang memainkan isu hudud adalah mereka yang ingin menimbulkan perselisihan di antara rakyat Sarawak, padahal selama ini rakyat di negeri ini telah menikmati hak kebebasan beragama.”

Jofri, seorang Melayu dari Bintulu, menyatakan PAS Sarawak telah bekerja keras untuk  menyatupadukan rakyat Sarawak yang terdiri daripada berbilang kaum dan pelbagai kumpulan etnik melalui usaha-usaha yang mewujudkan persefahaman, integrasi dan saling hormat-menghormati di antara mereka.

"Kami mahu orang ramai mengetahui dan faham bahawa teras perjuangan parti PAS adalah kesaksamaan dan manfaat untuk semua orang tanpa mengira kaum dan agama," katanya.

"Kami ingin semua orang tahu PAS akan membawa semua kaum ke arah masa depan yang lebih cerah dan selamat."

Pujut mempunyai 26,244 orang pengundi dan kira-kira 32 peratus  daripadanya adalah kaum bumiputera.

Pada pilihan raya 2011, kerusi itu telah dimenangi oleh calon DAP, iaitu Fong Pau Teck yang mendapat 9120 undi berbanding calon Barisan Nasional-SUPP iaitu Andy Chia, yang mendapat 5,271 undi.

Pada tahun 2013, Fong telah dipecat dari DAP kerana masalah disiplin walaubagaimanapun beliau kekal sebagai calon bebas sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 11 April.

Setiausaha PAS Negeri Mukhtar Suhaili menyatakan, “momentum sokongan untuk PAS semakin bertambah dari hari ke hari.

Beliau menafikan dakwaan, yang telah dibuat oleh seorang bekas rakan sekerja dalam PAS yang kini telah berubah arah menjadi ahli Parti Amanah Negara (PAN),  bahawa PAS adalah sebuah parti konservatif yang tidak menghiraukan orang bukan Islam.

“Kewujudan Dewan Penyokong PAS yang terdiri daripada orang-orang bukan Islam membuktikan kesungguhan PAS  dalam memainkan peranan penting untuk menyatukan pelbagai kaum yang berbeza," katanya.

PAS akan bertanding 11 kerusi - Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, PAS hanya bertanding lima kerusi - Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro – dan telah kalah di semua tempat.

Apabila beliau ditanya mengenai cadangan PAN untuk bertanding di beberapa kerusi DUN  yang pasti akan mencetuskan pertembungan tiga penjuru - Suhaili berkata PAN sepatutnya menghormati keputusan PAS untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut.

“PAN harus memberi laluan kepada PAS untuk bertanding, kerana pertandingan tiga penjuru hanya akan memberi faedah kepada BN,” katanya.

“Tindakan PAN hanya akan memecahkan undi untuk pakatan pembangkang dan kita tidak mahu perkara ini berlaku."

1 comment:

  1. Blackjack Casino 2020 - DrmCD
    Blackjack 나주 출장안마 Casino 2020 is an exciting experience for blackjack players in New Jersey. 광명 출장안마 Read our expert reviews and 시흥 출장샵 make your first deposit to get started today.Casino Promotion: Blackjack LogoMin Deposit: $10 이천 출장샵 Rating: 4.2 · ‎20 안성 출장샵 reviews

    ReplyDelete