IPOH: Membina insan tidak semudah membina bangunan fizikal kerana ianya memerlukan kesungguhan serta perancangan teliti.
Adun Sungai Rapat, Radzi Zainon berkata demikian ketika membahas Titah Diraja pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak, 15 April lalu.
Menurutnya kewajipan pemerintah adalah melayani aspek ekonomi, pendidikan, kesihatan, perumahan, pembangunan insan, pertanian dan pengurusan alam sekitar.
Tambahnya, pengukuhan budaya serta integriti pentadbiran juga perlu dipelihara keharmonian dan tatacaranya agar terus diberikan kepercayaan mentadbir negeri Perak.
"Pemerintah perlu berusaha menjaga keperibadian sosial masyarakat supaya tidak melanggar syarak dan sentiasa berada di atas paksi Islam sebenar.
"Oleh yang demikian, usaha menjaga syakhsiah rakyat perlu menjadi agenda penting di samping membina pembangunan fizikal yang mampu memperolehi keuntungan.
"Keadilan dalam membangunkan dua aspek ini perlu seimbang, jika tidak kemajuan hanya direalisasikan pada sudut luaran tidak memberikan kesan kepada jiwa rakyat," jelas beliau.
Menurut beliau, keseimbangan dua aspek tersebut dapat mendirikan sebuah negeri yang bukan sahaja maju dari segi pembangunan ekonomi, tetapi seiring dengan pembangunan insan.
0 comments: