BINTULU - Pengundi di kawasan Jalan Bintulu - Miri dekat DUN Samalaju merayu kepada pihak berkuasa supaya jalan raya menuju ke rumah panjang mereka diturapkan sebelum Pilihan Raya negeri diadakan dalam masa terdekat.
Seramai 3,841 pengundi Samalaju mendiami kawasan tersebut dan merupakan pengundi majoriti di Samalaju. Mereka sudah lama menanti agar jalan raya di kawasan kediaman mereka diturap oleh pihak yang berkenaan.

PAS Samalaju telah dipanggil oleh penduduk berkenaan untuk mengajukan masalah besar mereka di situ kerana percaya kemampuan dan komitmen parti itu sebelum ini yang konsisten mengetengahkan suara rakyat di Bintulu dan terbukti didengari serta diambil tindakan oleh pihak berkenaan atas aduan tersebut.
"Kami sangat mengharap jalan kami diberi segera, jalan ke rumah panjang dari jalan utama tidak jauh. Tapi kenapa masih lagi kami belum dapat?" ujar seorang Tuai Rumah yang enggan namanya disiar.
“Kami tidak akan percaya BN lagi kerana sudah lama berjanji namun jalan tersebut tidak juga dibuat. Kali ini kalau mereka berjanji, kami mohon BN mesti buat semua jalan-jalan itu sebelum hari mengundi". kata seorang Tuai Rumah di sini.
Penduduk di sini sudah memberi kepercayaan dan berharap kepada Penyelaras DUN Samalaju Zharudin Narudin yang banyak menyelesaikan masalah pengundi di Samalaju. Contoh masalah yang telah diselesaikan ialah apabila Bintulu Development Authority (BDA) telah memberi jaminan bahawa jalan raya masuk ke Kampung Kuala Nyalau akan mula dibina pada bulan April.

Aduan telah dibuat oleh PAS Samalaju sebelum ini di akhbar tempatan dan Zharudin sendiri yang berusaha mendapatkan jalan tersebut dibuat oleh BDA.
PAS Samalaju sudah menyusun beberapa projek melalui program Untukmu Sarawak di DUN ini khusus untuk menyelesaikan masalah pengundi dalam kawasan tersebut.
Penduduk Samalaju mohon air bersih.
Penduduk Samalaju mohon air bersih.
Sementara itu isu yang berkaitan dengan penduduk rumah panjang di Samalaju masih lagi terdapat penduduk tidak dapat bekalan air bersih.
Di era tahun 2016 masih lagi terdapat masyarakat pinggir bandar yang akan menjadi bandar baru industri yang belum lagi dapat bekalan air bersih. Ini berlaku di kebanyakan rumah panjang di kawasan Samalaju yang tidak diberi bekalan air bersih sejak berpuluh tahun lalu malah ada yang mencecah 30 tahun.

Apa yang lebih menyedihkan, rumah panjang ini hanya berada di tepi jalan dan “water head" juga hanya beberapa meter dari rumah mereka. Penduduk sudah putus asa memohon kepada Ahli Parlimen dan juga ADUN yang berkaitan namun tiada tindakan yang dibuat sehingga kini.
Tinjauan PAS hari ini telah mengambil beberapa lokasi di sepanjang jalan Miri-Bintulu yang tidak mendapat bekalan air bersih.
Amat malang lagi ada punca takungan air mereka bakal ditutup kerana projek Pan-Borneo yang merentasi takungan tersebut. Akibat dari projek jalan raya ini nanti sudah pasti kawasan takungan air mereka tercemar teruk.
PAS Samalaju mengesa pihak berwajib memandang serius perkara ini dengan menyelesaikan masalah mereka dengan segera. Menurut seorang Tuai Rumah yang enggan namanya dikenali berkata "Kami tidak mahu dengar janji dari BN lagi. kalau betul dia hendak buat, buat sebelum hari mengundi."
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
0 comments: