PRN Sarawak: Dun Samariang mundur

SAMARIANG: Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Samariang, Ustaz Yusuf Assiddiq Ahmad Shorqowi bersama Skuad Prihatin PAS Petrajaya telah mengadakan ziarah kebajikan dan menyemak daftar mengundi penduduk sekitar Samariang Teruntum yang terletak di Samariang Batu baru-baru ini.
Menurut Ustaz Yusuf, dalam ziarah itu mereka mendapati terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki terutama jambatan yang agak usang, masalah air dan elektrik.
Katanya lagi, aduan daripada sebahagian penduduk di sini menyatakan rasa agak kecewa kerana setiap kali mereka memohon bantuan kewangan khasnya untuk persekolahan anak-anak mereka, seringkali tidak dilayan.
“Mereka juga berkalikali telah mengadu kepada pihak berkenaan namun jawapannya tetap sama. Ada juga yang tinggal di hujung kampung yang menghubungkan mereka hanyalah sebuah jambatan kecil yang usang.
“Terdapat juga jalan yang sudah merekah menanti masa untuk roboh. Pihak PAS Petrajaya mengharapkan agar pihak berkenaan mengambil perhatian akan nasib penduduk di sini,” kata beliau lagi.

0 comments: