IPOH: Masjid boleh menjadi satu mercu tanda kepada masyarakat setempat sebagai syiar kepada Islam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunong Semanggol, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan berkata demikian ketika sidang media sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, 18 April lalu.
Menurutnya, pengurusan masjid perlu lebih efisyen dan berkualiti terutama berkaitan dengan aktiviti dan peranan imam.
Zawawi berkata, imam yang dilantik bukan sahaja memimpin solat semata-mata bahkan perlu menjadi ejen untuk menarik masyarakat setempat mengenali Islam.
"Masjid wajar dinaik taraf sebagai Hub- Pendidikan dan pusat kecemerlangan melalui tuisyen yang dibiayai oleh pihak masjid bagi komuniti setempat serta boleh dibuka juga pada bukan Islam.
"Membudayakan majlis ilmu di setiap masjid untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat tempatan menjadi salah satu cara masyarakat mendekati masjid, ujar beliau kepada media.
Oleh yang demikian, beliau mengharapkan institusi masjid dapat membantu perkembangan dakwah kepada masyarakat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.
0 comments: