Facebook - PAS Mendahului DAP
Oleh: Asmaa Yusof
Oleh: Asmaa Yusof
KUALA LUMPUR - Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia, Shuhaimi Embong menyifatkan dapatan hasil kajian dari Politweet mengenai pengaruh politik melalui media sosial facebook sebagai satu perkara diluar jangkaan.
Kajian membuktikan PAS masih kekal mendapat perhatian ramai manakala DAP hilang pengaruhnya dengan begitu mendadak.
Sumber kajian mendapati jumlah penurunan tersebut begitu ketara apabila DAP hanya meraih 1.1 juta penonton Ogos lalu berbanding 4.6juta pada bulan Mei tahun ini.
Sementara itu, PKR dan PAS dilihat mengatasi DAP dengan masing-masing mencatat 1.8 juta dan 1.6 juta penonton.
Berdasarkan dapatan kajian tersebut juga, PAS telah mencatat rekod tertinggi pada Julai 2016 dengan jumlah penonton seramai 2.3 juta, selepas sebelumnya PKR unggul dengan catatan tertinggi pada bulan April dengan jumlah penonton seramai 2.2juta.
"Penurunan drastik penonton terhadap DAP adalah dari pengguna yang berumur 13-20 tahun dan 31-50 tahun.
"Manakala pengguna peringkat umur 21-30 tahun meningkat beberapa peratus dari 42.44% kepada 48.46%.
"Sejak April 2013, DAP adalah parti pembankang yang mendapat jumlah penonton tertinggi tetapi sekarang DAP sudah menjadi parti yang paling lemah berbanding PKR dan juga PAS," jelas Politweet melalui hasil kajian tersebut.
Pada masa yang sama, PAS mencatat jumlah penonton tertinggi di 6 kawasan manakala PKR mendahului PAS apabila peratusan tertinggi 10 kawasan berpihak kepada mereka.
Manakala DAP mencatat peratus tercorot di kesemua kawasan kajian dengan jumlah tertinggi penurunan adalah di negeri Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan masing-masing menurun sebanyak 87%, 81%, dan 75%.
Terdahulu, Dewan Ulamak PAS Pusat mencadangkan untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi bersama DAP pada 13 Jun tahun lalu. Pengumuman terkeluarnya DAP dari Pakatan Rakyat telah dibuat pada Julai 2015 rentetan DAP yang mempertikaikan serta memanipulasi isu hudud yang cuba diketengahkan oleh parti PAS.
Susulan keputusan ini menyaksikan kesan negatif mula terpalit terhadap DAP sejak Jun tahun lalu dengan catatan penurunan sebanyak 5 juta dalam tempoh tiga bulan DAP berpisah dari Pakatan Rakyat.
2 comments: