Iklan: 15% Diskaun Di Restoran Sari Ratu



Restoran Sari Ratu Eksotik Nasi Padang kini menawarkan baucer diskaun 15% bagi pendengar Hijau.FM bermula 1 Nov 2016 hingga 31 Dis 2016.

Untuk menikmati diskaun anda perlu mencetak dan membawa baucer diskaun tersebut.


Selamat Menjamu Selera😍

3 comments:

Projek 1M, Jihad Media Online Berintegriti


CYBERJAYA, 9 Okt – Projek 1M inilah jihad internasional yang kita ada, demikian kata Prof Dr Zulkiple bin Abd Ghani.

Semua pihak perlu berperanan akan keperluan menyebar dan menguruskan maklumat melalui media baru sebagai penyampai berita ummah yang merentasi sempadan politik.

Beliau yang juga Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menekankan media baru supaya tidak lari dari pasakan al Quran dan As Sunah. Media Islam berbeza dengan media kapitalisme kerana ia ada roh.

Beliau turut mengulas berkenaan teknologi satelit berkata, ia penting kepada pembangunan negara terutamanya bidang teknologi maklumat.

"Teknologi satelit membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia, namum, kesan negatif di sebaliknya tidak boleh diketepikan," tambahnya menutup ucaptama sempena pelancaran 1Media online di Cyberjaya pagi tadi.

0 comments:

Hub 1Media, Interaksi Baru Pengguna Media Sosial



CYBERJAYA, 9 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Hj. Che Abdullah B. Mat Nawi menyokong hasrat JITP untuk melahirkan satu rangkaian maklumat elektronik yang tepat, telus dan terkini.

Beliau yang mewakili Menteri Besar Kelantan dalam ucapan pelancaran 1Media Online dan Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia hari ini berkata,

 “Dengan hasrat memasyarakatkan IT dan melatih rakyat untuk mengurangkan jurang digital, saya berharap penganjuran program ini mampu menjadi titik mula untuk merealisasikan impian ini."


Tambahnya, kita perlu sedar, gelombang media arus perdana dalam menyajikan informasi lebih tepat dan telus kini perlu diperhalusi dengan teliti.

Che Abdullah melancarkan 1Media Online dengan menyempurnakan gimik perasmian menggunakan teknologi hologram yang memancarkan imej 3D.


Hub 1Media ini boleh diakses melalui laman www.1Media.my ini antaranya menyediakan hub seperti TV 1Media, 1Media Touch n Get dan radio internet Hijau FM.

Majlis yang dihadiri sekitar 600 orang itu turut diserikan dengan persembahan daripada Busker DACS Selangor.

6 comments:

Cabaran Menjadikan Media Internet Sebagai Ruang Ibadah


CYBERJAYA, 9 Okt - Menjadikan media internet sebagai ruang ibadah adalah cabaran kepada penyelesaian transformasi media internet.

Mohd Rafee Md Aris yang juga mantan Pengurus Besar Tiga Events Sdn Bhd menjelaskan, penekanan penggunaan media internet secara betul ini oleh pengamal media khususnya dalam menyatakan kebenaran sesuatu isu ataupun berita.

"Hari ini kita terlalu ghairah menerangkan kebenaran, tetapi kurang menyiarkan sejarah yang memandaikan bangsa." nyata beliau mengambil contoh rancangan televisyen seperti rancangan Jejak Rasul.

"Kita perlu cari sesuatu intipati yang baik sekaligus mampu menarik tumpuan penonton."

Selain itu, saranan menjadikan media sebagai ruang ibadah adalah peluang dakwah terbuka luas kepada pengamal media.

"Jika seribu orang baca dan lihat apa yang ditulis dan ditonton, bayangkan berapa pahala yang kita dapat," jelasnya.

Tambah Mohd Rafee, hampir-hampir tiada alasan lagi bagi sesiapa untuk tidak mengambil peluang percuma ini. 

Forum bual bicara 1Media: Penyelesaian Transformasi Media Internet itu turut menampilkan Dr. Mohamed bin Awang Lah, mantan Ketua Pegawai Eksekutif JARING Communications SDN BHD dan juga Datuk Abdul Jalil Ali, penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf.

0 comments:

Cabaran Surat Khabar Online ke Arah Tepat, Telus dan Terkini


CYBERJAYA, 9 Okt - Kalau dahulu proses percetakan media cetak seperti surat khabar memakan banyak waktu dan menggunakan alat yang begitu besar serta proses pencetakannya pun tidak boleh dilakukan secara jarak jauh.

Datuk Abdul Jalil Ali, selaku Penasihat Esekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf berkata,  dengan adanya pertumbuhan teknologi komunikasi dan informasi (ICT), surat khabar online kini banyak menjimatkan masa dan kos dalam membantu maklumat sampai awal kepada pengguna.

Namun, media sekarang ini dilihat bertanding sesama sendiri. "Dahulu kita ada dua surat khabar sahaja, dan kita tidak boleh ketinggalan mana-mana berita. Tapi sekarang, kita sudah ada banyak surat khabar online di internet," tambahnya.

Oleh sebab itu katanya, media online kini sepatutnya memainkan peranan penting dalam membentuk satu negara yang kukuh dari segi ekonomi, politik dan sosial.

0 comments:

Live Update Majlis Pelancaran 1Media Online





"Dulu kita ada dua surat khabar sahaja, dan kita tidak boleh ketinggalan mana-mana berita. Tapi sekarang ni, kita sudah ada beratus-ratus media cetak. Jadi cara lama perlu dikaji semula supaya kerajaan dilihat faham pada lanskap baru."
- Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Esekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf

6 comments:

Media Internet Sama Macam Pisau Pemotong Sayur


CYBERJAYA, 9 Okt - "Saya melihat internet sebagai alat komunikasi, menyelidik, belajar, berhubung dengan orang lain di negara luar. Dari situ, minat saya meningkat dan membuat kajian."

Dr Mohamed bin Awang Lah dalam sesi bual bicara transformasi media internet berkongsi pengalaman beliau sebagai Mantan Ketua Pegawai Eksekutif JARING Communication dahulu.

Beliau yang juga dikenali sebagai Bapa Internet Malaysia itu bersetuju perkembangan teknologi adalah positif, tetapi juga memiliki pengaruh buruk terhadap penggunanya.


"Pengaruh buruknya adalah kebiasaan yang banyak berubah kerana kemudahan itu sendiri."

Tambahnya, apa yang penting internet adalah satu alat seperti pisau yang boleh digunakan untuk memotong sayur ataupun digunakan untuk membunuh orang.

"Oleh itu kita memerlukan neraca dosa dan pahala untuk memandu penggunaan internet," jelasnya lagi.

Dr Mohamed berharap teknologi yang semakin berkembang ini dapat digunapakai sebaiknya oleh pengguna terutamanya orang muda.

0 comments:

Pelancaran 1Media Online, Pilihan Transformasi Media Internet Baharu Anda


CYBERJAYA, 9 Okt - Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia (JITP) terus melangkah maju ke hadapan dengan merasmikan 1Media Online hari ini.

Pengarah program, Mohd Razain Mohd Noor dalam ucapannya tadi berkata, cabaran masa kini media menjadi medan menyebarkan propaganda, fitnah dan berita palsu sehingga menyebabkan khalayak bercakaran dan berpecah.


"Sehubungan itu, pihak kami ingin memanfaatkan teknologi baru di negara ini supaya dapat menjadi hub media berintegriti dan bertanggungjawab," tambahnya lagi.


Antara produk 1Media Online yang bakal dilancarkan hari ini adalah Portal Berita 1 Media, Komuniti 1Media dan Istiqamah Messenger.


Majlis yang bermula jam 10.00 pagi tadi turut dihadiri Dr Mohamed bin Awang Lah, mantan Ketua Pegawai Eksekutif JARING Communication; Mohd Rafee Md Aris, mantan Pengurus Besar, Tiga Event Sdn Bhd; dan Datuk Abdul Jalil Ali, penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf.

0 comments: