CYBERJAYA, 9 Okt - Kalau dahulu proses percetakan media cetak seperti surat khabar memakan banyak waktu dan menggunakan alat yang begitu besar serta proses pencetakannya pun tidak boleh dilakukan secara jarak jauh.
Datuk Abdul Jalil Ali, selaku Penasihat Esekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf berkata, dengan adanya pertumbuhan teknologi komunikasi dan informasi (ICT), surat khabar online kini banyak menjimatkan masa dan kos dalam membantu maklumat sampai awal kepada pengguna.
Namun, media sekarang ini dilihat bertanding sesama sendiri. "Dahulu kita ada dua surat khabar sahaja, dan kita tidak boleh ketinggalan mana-mana berita. Tapi sekarang, kita sudah ada banyak surat khabar online di internet," tambahnya.
Oleh sebab itu katanya, media online kini sepatutnya memainkan peranan penting dalam membentuk satu negara yang kukuh dari segi ekonomi, politik dan sosial.
0 comments: