CYBERJAYA, 9 Okt - "Saya melihat internet sebagai alat komunikasi, menyelidik, belajar, berhubung dengan orang lain di negara luar. Dari situ, minat saya meningkat dan membuat kajian."
Dr Mohamed bin Awang Lah dalam sesi bual bicara transformasi media internet berkongsi pengalaman beliau sebagai Mantan Ketua Pegawai Eksekutif JARING Communication dahulu.
Beliau yang juga dikenali sebagai Bapa Internet Malaysia itu bersetuju perkembangan teknologi adalah positif, tetapi juga memiliki pengaruh buruk terhadap penggunanya.
"Pengaruh buruknya adalah kebiasaan yang banyak berubah kerana kemudahan itu sendiri."
Tambahnya, apa yang penting internet adalah satu alat seperti pisau yang boleh digunakan untuk memotong sayur ataupun digunakan untuk membunuh orang.
"Oleh itu kita memerlukan neraca dosa dan pahala untuk memandu penggunaan internet," jelasnya lagi.
Dr Mohamed berharap teknologi yang semakin berkembang ini dapat digunapakai sebaiknya oleh pengguna terutamanya orang muda.
0 comments: