CYBERJAYA, 9 Okt - Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia (JITP) terus melangkah maju ke hadapan dengan merasmikan 1Media Online hari ini.
Pengarah program, Mohd Razain Mohd Noor dalam ucapannya tadi berkata, cabaran masa kini media menjadi medan menyebarkan propaganda, fitnah dan berita palsu sehingga menyebabkan khalayak bercakaran dan berpecah.
"Sehubungan itu, pihak kami ingin memanfaatkan teknologi baru di negara ini supaya dapat menjadi hub media berintegriti dan bertanggungjawab," tambahnya lagi.
Antara produk 1Media Online yang bakal dilancarkan hari ini adalah Portal Berita 1 Media, Komuniti 1Media dan Istiqamah Messenger.
Majlis yang bermula jam 10.00 pagi tadi turut dihadiri Dr Mohamed bin Awang Lah, mantan Ketua Pegawai Eksekutif JARING Communication; Mohd Rafee Md Aris, mantan Pengurus Besar, Tiga Event Sdn Bhd; dan Datuk Abdul Jalil Ali, penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf.
0 comments: